Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Sekali Lagi Kes Pengaturan Perlawanan yang Melibatkan LionsXII

| |
1 comments
Sekali lagi berlakunya kes mengatur perlawanan dalam liga bola sepak Malaysia yang melibat pasukan LionXII dan Perlawanan Liga Super antara LIONSXII dengan Sarawak Selasa lepas kini dalam siasatan kerana disyaki telah diatur.

Beberapa sumber memberitahu akhbar Today bahawa empat orang lelaki - dua warga Malaysia, seorang warga Singapura dan pengadil Liga Super Malaysia, Shukri Nor telah ditahan dan mereka mungkin akan didakwa secepat mungkin.
Keempat-empat mereka didapati telah mencuba untuk mengatur perlawanan di Stadium Jalan Besar antara LIONSXII dengan Sarawak di mana LIONSXII menang 3-0.
Akhbar Today melaporkan bahawa kesemua yang terlibat bukan pemain bola sepak yang masih bermain.
Pengadil, Shukri sebenarnya telah dijadualkan untuk mengadili perlawanan tersebut tetapi telah diganti dengan Mohd Tarmizi pada saat terakhir dan perkara itu tidak dimaklumkan.
"Pada mesyuarat pengurus pasukan, kami terkejut kerana pengadil yang sebenar tidak muncul," kata jurulatih Sarawak, Robert Alberts.
"Saya akan membawa perkara ini kepada pihak atasan sebaik sahaja saya mendapat pengesahan dari Persatuan Bola Sepak Singapura, dan semestinya siasatan akan dijalankan. Tetapi kini masih awal untuk mengadili perkara ini," tambah Alberts kepada Today.
Akhbar Today juga difahamkan bahawa beberapa perkara sedang diselesaikan sebelum hukuman dikenakan kepada keempat-empat mereka.
Ini merupakan berita terkini tentang perlawanan Liga Super yang dikatakan terlibat dengan pengaturan perlawanan, tetapi hanya dua perlawanan sebelum ini - kemenangan 1-0 dengan Sabah pada 21 Januari dan kemenangan 3-1 dengan Negeri Sembilan pada 11 Februari yang telah melibatkan pasukan LIONSXII.
Sumber : espnstar.my
*admin agak curiga dengan team LionsXII ni, sudah beberapa kali team ini terlibat dengan kes mengatur perlawanan. Kes ini sedikit sebanyak telah menjatuhkan imej serta mutu bola sepak Malaysia. Admin harap kes ini tidak akan berulang kembali dan FAM perlu mengambil tindakan yang wajar sebelum perkara yang lebih buruk akan berlaku di masa hadapan.


Read More

Tuesday, May 22, 2012

Akhirnya Nasib Nazmi Faiz Terjawab juga...

| |
1 comments
Nazmi menandatangani kontrak 3 tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar SC Beira-Mar semalam.

Nazmi Faiz telah mencipta sejarah menjadi pemain Portugal pertama beraksi di Eropah selepas berjaya mendapatkan kontrak dengan SC Beira-Mar.
Laman web rasmi kelab SC Beira-Mar telah mengumumkan bahawa pemain Harimau Muda yang berusia 17 tahun itu telah menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 dengan kelab Portugal itu.
Minggu lepas Nazmi telah selesai sesi pemilihan dengan skuad utama Beira-Mar dan telah menambat hati jurulatih Beira-Mar.
“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya. Ini peluang terbaik saya dan saya bersyukur kerana berjaya. Beraksi di Eropah adalah impian saya.
“Saya sangat gembira dan bersemangat untuk memulakan pengalaman baru ini. Saya menyukai kelab ini sejak pertama kali saya sertai sesi latihan,” kata Nazmi Faiz.
Nazmi juga akui telah dilayan dengan baik dan sangat selesa dengan rakan sepasukannya yang lain.
“Saya dilayan dengan baik dan akan sentiasa memegang kata-kata jurulatih, Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo. Tunjuk ajar mereka berharga buat saya.” katanya lagi.
Ejen Nazmi Faiz, Marco memberitahu ESPNSTAR.my: “Saya sangat gembira dan bangga kerana Nazmi berjaya mendapatkan kontrak bersama Beira-Mar. Dia juga teruja dengan pencapaian ini.”
Mengikut peraturan, Nazmi Faiz hanya boleh beraksi dengan pasukan utama SC Beira-Mar pada bulan Ogos 2012 setelah dia berusia 18 tahun.
Nazmi kini bersama skuad Harimau Muda A di Slovakia untuk perlawanan persahabatan dengan kelab Hungary dan Slovakia.  
Sumber : ESPN Star
Dengan perpindahan anak Malaysia, Nazmi Faiz, ke SC Beira-Mar akan menjadi motivasi kepada pemain-pemain yang lain di Malaysia untuk menempa nama di Eropah. Kita doakan kejayaan Nazmi di SC Beira-Mar serta dapat bermain dalam kesebelasan utama kelab tersebut.

Read More